Jom Kenal Aku

Sebelum korang nak baca entries aku,baik korang kenal dulu aku ni siapa,perangai aku,latar belakang aku dan macam-macam la pasal aku. Kat blog ni aku guna bahasa pasar + rojak + englay (english + malay).


Jom kenal aku.......


Aku dilahirkan pada tahun 1991 di Kelantan,aku anak pertama dari 3 beradik dan walaupun aku anak pertama tapi aku agak manja la dengan parents aku.Keluarga aku sederhana,tak kaya n tak la kedana.


Bila aku boring aku suka layan lagu @ aku tido je.Aku suka bercakap n kadang2 parents aku letih nak melayan aku tapi aku tak kisah,diorang tak layan aku,aku cakap sorang2.Aku suka seni,seni tari,seni musik n benda2 yg berseni la.Bila aku 'meroyan',aku layan skateboard,bowling,tennis,squash.Tp agak jarang la aku 'meroyan',dlm 1 bulan ada la 2x je.


Aku tak suka org kacau aku tgh syok tido.Maksud aku,sesiapa je bila dia tahu aku tgh tido,dia pergi kat aku n kacau2 aku.Tp kalau ada yg cll time aku tido,aku tak kisah sbb jarang la aku akn tersedar bila bunyi hp ni.Aku tak suka org lelaki ddk menumpang atas katil aku,aku tak tahu kenapa tp mmg aku tak suka.Pastu bila kwn2 aku sebar nombor hp aku kt budak lelaki pn memang aku tak suka.


Sape2 yg nak jadi kwn aku,dorg mestilah......

  • Broad-minded
  • Sporting
  • Suka senyum
  • Boleh masuk dgn aku
  • Tak hipokrit
  • Ada wawasan

Aku suka lelaki yg......
  • Hormat org tua
  • Suka budak2
  • Suka binatang
  • Suka benda yg mencabar
  • Matang
  • Menggunakan kuasa yg ada dgn baik
  • Penampilan yg simple
  • Kelakar
  • Dan ciri2 lain msa aku jumpa dia 

Aku suka manusia yg......
  • Jujur
  • Tak hipokrit
  • Bukan mata keranjang
  • Bukan pengikis
  • Penyayang
  • Pemurah
  • Peramah
  • Pandai bersosial
  • Kuat pegangan agama tp bukan berpura2 alim

Aku rasa setakat ni la dulu korang tahu tentang aku,nak tahu lebih lanjut..Kena jd kwn aku la.Salam ukhwah,salam bersaudara.


Sahabatmu,
Cinta